Jangan malu-malu untuk klik !

Tuesday, August 30, 2011

Uptown.


Bila nak raya, kalau persiapan diri tak lengkap saya sarankan anda sekalian memujuk ayah/mak/abang/kakak yang pandai merempit atau memandu pergi Uptown Danau Kota selain daripada Jalan TAR. mak aih.

Baiklah, mangsa kami adik-beradik untuk misi khas ini ialah abang sulung kami. mak aih.


Waktu yang tepat untuk bershopping sakan ialah 2 hari sebelum raya ataupun malam raya. Why why why bebeh?? Biasalah, promosi tengah gempak. Harga barang tengah murah. Kalau nak yang murah lagi, kena rajin meronda satu Uptown tu. Insyaallah jumpa. *berpeluh sakan* mak aih.


Kalau kau pergi tempat lain, harga sehelai tudung bawal yang segi 3, eh segi 4 tu lebih kurang RM 13 kalau kat pasar malam biasa. Itu pun kena tawar menawar. Lagi-lagi kalo kau pergi kat Penang harga dia sampai RM 26 SEHELAI. mak aih.

So, dengan semangat yang jitu aku pun pergi meredah Uptown tersebut walaupun ramai orang. Oleh itu, cuba lihat hasil kesungguhan & kegigihan aku semata-mata nak yang murah:


3 helai tudung bawal + 1 helai tudung indon = RM 25 je woi woi


Ini baru la gila kentang murah kaw-kaw. Mak aih.





Tuesday, August 23, 2011

Silap.


Yang lepas dah lepas. Kenapa aku pergi bukak balik cerita nih..??????
Ergghh.

Terlajak perahu boleh berundur
Terlajak kata ,..........?



Astaghfirullahalazim.
Saya minta maaf. Saya khilaf. Salah saya.
Maaf.



Sunday, August 14, 2011

Al-Quran




''Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya akan datang di hari akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya (pembacanya)''
-Riwayat Muslim





''Perumpamaan seorang Mukmin yang sentiasa membaca al-Quran seumpama buah utrujah iaitu baunya amat wangi dan rasanya amat enak, manakala umpama seorang Mukmin yang tidak menzalimi membaca al-Quran seumpama buah tamar, iaitu tiada bauan namun rasanya amat manis, umpama seorang Munafik yang membaca al-Quran seumpama buah raihana iaitu baunya wangi namun rasanya amat pahit, dan umpama seorang Munafik yang tidak pernah membaca al-Quran seumpama buah hanzalah, tiada bauan manakala rasanya amat pahit." -Riwayat Bukhari dan Muslim


Ibnu Mas'ud berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

''Siapa yang membaca satu huruf dari Kitab Allah (al-Quran), ia akan mendapatkan satu kebaikan yang sama nilainya dengan 10 kali ganjaran (pahala). Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.'' -HR Tarmidzi



Saturday, August 6, 2011

Ramadhan di Perantauan


This is my story about my Ramadhan@perantauan.

Oh, maksud perantauan di sini bukan bermakna aku ada kt New Zealand, Kanada, Australia mahupun Brazil. Tetapi hanya di Penang. Kau tahu kan yang Penang-KL jaraknya melebihi 2 marhalah?? Maknanya boleh la aku solat jamak qasar kalo aku seorang musafir. Kalo aku balik KL, harga yang valid yg tauke bas boleh kasi hanya rm64 utk pergi-balik. Maknanya bagi org yg berjimat cermat mcm aku, utk balik sebulan sekali adalah mustahil. Apatah lagi seminggu. Jadi aku rasa adalah layak utk aku katakan yang aku seorang perantau. Jadi semangat hape aku bgtau kau semua ni.?? Haih.


Kesayangan :)


Okay, bulan Ramadhan datang lagi. Alhamdullilah, kita sempat bertemu dgn bulan penuh barakah ni. Bagi aku, ni merupakan hadiah drpd Allah kepada hamba-hambaNya. Bulan Ramadhan la yg diWAJIBkan agar kita berpuasa, bulan Ramadhan la satu-satunya bulan yg ada solat sunat Tarawikh. kan kan??


So, kali ni 1st time aku tak sambut Ramadhan dengan family. Aku kalo ckp pasal family ni yg tacing nih. hakhak. Dulu kalo bersahur je mak yg kentut, eh kejut, mak yg buat air, mak yg panaskan lauk. Kesimpulannya, mak lah yg buat segala-galanya. Aku kira macam tukang makan je la wa ckp sama lu.


Sekarang ni, kena kejutkan diri sendiri, masak air sendiri, buat MILO sendiri. Kalo aku rajin, aku beli nasi kt kantin lepas semayang tarawikh malam td. Bila nak makan, perrrgghhh.... sejuk gila nasi tu. Aku wonder, aku simpan kt peti ais ke mlm td?? Setahu aku bilik aku xde peti sejuk bagai ni. Oh mummy, I want to back home..!


Bila nk berbuka kt sini pulak, ala kadar je la. Syukur Alhamdullah, bersederhana. Aku kalau berbuka nih tak kisah sangat. Asalkan sedap, aku tibai. Tak sedap boo layan. Aku selalu bayangkan kalo berbuka kt umah tu kemain meriah lagi. Makanan tu mesti banyak dari hujung sana sampai hujung sana terutamanya kalo sume adik-beradik ada.


Dulu masa kecik-kecik makan atas meja makan. Sekarang tak dapat der.. Semua kena makan kt bawah sebab mak buat 2 hidang. Tak muat. Lepas tu air mesti warna warni. Mana taknye, mak aku buat air teh ngan oren, abang-abang aku plak pegi bazar Ramadhan. Sorang beli sirap, sorang air bandung, sorang air soya, sorang kawan bagi. Pergh, pening gua nk rasa yg mana satu dulu. Maklum la, kita kena bersikap adil. Mana la tau ada antara air-air tu yg kecik hati sbb aku tak minum dia. Kejadah. Last2 kenyang minum air je la.


Kalo Tarawikh plak, masa kecik2 xde sape nk bawak. Ni sejak dua tiga tahun lepas baru nk start. Kengkadang tu abang aku terpaksa buat 2 trip nk pegi surau sbb naik motor je. Sape cepat dia naik dulu. Sekarang ni buat tarawikh kt kolej je. Alhamdullilah, dekat pun dekat. Tak solat kt surau. Hanya di dataran, berbumbungkan langit Ramadhan... Oh ye, bertemankan bulan comel di atas sana juga.


Gambar hiasan.


Jadi aku nk pesan kt kau kau dan kau yg dpt bersahur, menunggu berbuka, berbuka & bertarawikh dgn keluarga tu. Hargai la masa tu. Entah bila lagi la kau dpt bersama diorang. Ye la, esok lusa mana la kita tau kan. Dan makan tu jgn la kenyang bebenor. ''Elleh, padahal kau pun sama.'' Eh, diam la.


Kesimpulannya, makan makan jugak, ibadah jangan lupa. So people, what are you waiting for? Just grab this chance to hold this Ramadhan with full of ibadah..! Assalamualaikum.