Jangan malu-malu untuk klik !

Monday, January 31, 2011

Jakun Photoscape


Tersebutlah al-kisah seorang jakun yang jakun dengan photoscape. Lalu bermacam-macam la yang dilakukannya. Memang jakun tersebut tiada kerja. Jadi inilah hasil kejakunan beliau terhadap jakunnya dengan photoscape. *Perkataan kegemaran hari ni ialah 'jakun' ye. teheee



Senyum :)



Uhuk uhuk *batuk



tsk T_T
*sudah la sudah...(lagu 6th sense berkumandang)
Gambar kurang jelas? Ye, memang kurang jelas.
Oleh itu, sila la klik.
Kalau tak jelas jugak meh la kena sembur sekali. *_*



Meneropong sahabat. CAK !
Tak payah la semangat baca sebab perbualan dah tak jelas
disebabkan contengan yang tak sepatutnya. -_-'
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tiba-tiba tangan rasa gatal nak melukis.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tadaaa.. cantik bukan??
Ok, ni memang takde kerja =.='




Penting: Pantang Larang Demam Chicken Pox




Hey hey hey. Kisah chicken pox tak berakhir lagi. bhahaha. Okay, hari ni saya mahu berkongsi sedikit sebanyak pantang larang kalau korang kena chicken pox ni. Fine, korang dah pernah kena kan? Tapi esok lusa mana la tau anak-anak korang ke, cucu-cirit-cicit korang ke ataupun husband/wife-to-be yang kena penyakit ni pulak. Tak ke termangu-mangu sebab tak ada ilmu pengetahuan nak jaga diorang ni. Jadi, jangan sombong mahupun bongkak untuk menerima & berkongsi ilmu. Sharing is caring, right? So, are you ready kids? I can't hear you. Dah dah, berhenti merepek.


Pertama sekali, anda tidak digalakkan untuk makan makanan yang ada KICAP. Menurut opah kesayangan, ini akan meninggalkan parut-parut berwarna hitam di tompok-tompok yang dah sedia ada masa korang kena penyakit ni. Memang la masa kena penyakit ni ada bintik-bintik merah tapi lama-lama akan menjadi warna hitam. Thats still okey at that time because it's the process to be normal back. Tapi yang kita taknak ialah walaupun dah sihat tapi parut hitam tu masih ada lagi. Kecuali la kalau korang memang nak tambah tahi lalat kat badan korang terutamanya kat muka. Tapi hari tu saya tak tau, so main makan je la ikan masak kicap yang mak masak. *tak pe ke? hehe


Kedua, jangan biarkan diri korang kena HUJAN. Yang ni bukan opah je cakap. Emak ngan ayah pun bagi peringatan yang sama. Katanya boleh menyebabkan bintil-bintil kat badan ni semakin menjadi-jadi selain daripada menggalakkan lagi pertumbuhan bisul. *ceh, ayat nak power je. Korang mesti tak nak kan? Tapi kan, hari tu mak lupa agaknya nak angkat kain. Terpaksa la saya ehem ehem dgn gaya baik hatinya ehem ehem tolong angkatkan. Kena la jugak rintik2 hujan tu kat tangan tapi cepat-cepat saya basuh. Tak tahu la berhasil ke tak *bangga buat tips sendiri. bhahaha


Seterusnya ialah korang tak boleh la makan benda-benda yang boleh menggatalkan lagi badan korang yang sedia gatal tu. Contohnya macam seafood, budu ataupun sambal belacan. Banyak lagi sebenarnya makanan macam ni. Jadi alangkah lebih moleknya kalau korang tanya mak korang tentang jenis makanan yang gatal-gatal ni. Mesti diorang tahu macam-macam. Tak tak, saya tak cakap pasal cara nak menggatal antara lelaki & perempuan. Harap maklum.


Pantang larang yang seterusnya ni tak berapa nak faham sangat. Tapi mak kesayangan ada cakap kalau ada orang dalam rumah yang kena chicken pox, sesiapa pun tak boleh memasak kat dalam rumah tu. *rasa seram tak? Haish. Bila tanya balik sebab dia mak kata tak tahu la kenapa macam tu. Emak cakap ngan ayah pasal hal ni. Ayah cakap "Habis tu sapa nak masak?'' Saya hanya mampu tersengih bila ayah cakap macam tu. Bila cari kat Encik Google, orang tua cakap macam mana minyak tu panas dan meletup-letup masa kita menggoreng, macam tu la "meletup-letup'' bintil-bintil kat badan kita. Maknanya macam bintil-bintil tu naik la. Sekejap kat muka, hidung, dahi, telinga, kaki. Lebih kurang macam tu la kot. Rasanya my adik lelaki yang kena macam ni. Penuh kat badan. HAIH


Tapi korang, semua ni tak tahu la betul ke tak. Kita berikhtiar je supaya benda ni tak jadi lebih teruk. Apa salahnya ambil langkah berjaga-jaga kan.?


Baiklah, rasanya sampai di sini sahaja pantang larang demam chicken pox untuk entri ni ye wahai tuan puan. Lepas ni boleh la cakap kat your-real-husband-at-that-time "Honey, i tak boleh masak la kat rumah ni. Kita order Pizza Hut ke, KFC ke MCD ke hape ke okay??'' Nah, naik la badan kau laki bini sebulan.





Sunday, January 30, 2011

Lirik Maher Zain- InsyaAllah (Versi Melayu)


Selama ni puas la dok mencari-cari lagu Maher Zain versi Melayu. Ada yang translate sendiri lagu tu dan nyanyi semula. But this is the exactly one which is from Maher Zain in Malay Version. This is real man..! So just enjoy yourself & try to get some points in this beautiful song okey!



Maher Zain- InsyaAllah
(Malay Version/Versi Melayu)


Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu


c/o: InsyaAllah InsyaAllah InsyaAllah
Ada jalannya...
InsyaAllah InsyaAllah InsyaAllah
Ada jalannya...


Andainya kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu...


InsyaAllah InsyaAllah InsyaAllah
Ada jalannya...
InsyaAllah InsyaAllah InsyaAllah
Ada jalannya...


Kembalilah kepada yang Esa
Yakin pada-Nya
Panjatkanlah doa
Ya Allah,
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar...


InsyaAllah InsyaAllah InsyaAllah
Ada jalannya...
InsyaAllah InsyaAllah InsyaAllah
Ada jalannya...


InsyaAllah InsyaAllah InsyaAllah
Ada jalannya...
InsyaAllah InsyaAllah InsyaAllah
Ada jalannya...


*********


Oh, ni liriknya je. Kalau nak dengar boleh la dengar kat Youtube ye
wahai kanak-kanak sekalian.

Klik kat SINI. Ye, kat SINI.
SINI pun boleh.. :)




Maher Zain.



Sekian, terima kasih. =)
Assalamualaikum......



Wednesday, January 26, 2011

Ayam Pox


Kan haritukan aku ade cakap yang aku demam campak ataupun chicken pox kan. kan?? kat entri sinima. Tapi aku masih boleh buat semua benda sendiri lagi sebab sekejap demam sekejap tak. Masa kita sakit ni la kita boleh mengada-ngada sikit. Bila lagi nak bermanja dengan emak kesayangan. Tu la masanya mak nak pegang leher dan bila kau bangun pagi mak tanye kau demam ke tak. Nak makan ubat pun mak kena amik padahal tak teruk sangat. Kebetulan je mak masuk bilik dan kau tengah baring buat muka tak bersalah. T_T


Kalau aku sakit biarlah aku sorang je yang sakit. Ni yang adik laki aku nak sakit jugak ni ape ke hal. Orang sakit dia pun nak. Kalau sorang batuk sorang selesema takpe la jugak. Kau pun nak bintik-bintik merah tu jugakk. Takpe takpe. Kakak tak kisah pun kena amik bekas nak bagi orang tu muntah. Sementara kakak tak teruk lagi boleh la kan. *tetiba gua rasa gua baik. bhahaha


Cis, amboi amboi amboi.. Mak siap suap nasi bagai nak bagi budak tu makan. Melampau. Tapi dalam dok menyuap boleh lagi mak bagi nasihat percuma.


'' Nanti bila mak dah tua suapkan mak makan tau. Kalau masa tu mak kata 'taknak' maknanya tolonglah suapkan mak. Bukannya mak tak nak makan. Habis tu dah tak larat nak buat macam mana. Jangan asyik KERJA KERJA KERJA. '' =.=



Gua hanya tumpang dengar je. Nasib baik gua tak terasa apa-apa pasal gua belum berkarier lagi.


p/s: Dialog diolah sikit nak bagi kau faham.

p/ss: Gua tak tanye lagi doktor gua sakit ape. Gua tibai je cakap chicken pox semua tuh. Hebatkan ?



Tuesday, January 25, 2011

Selamat Hari Jadi !


SELAMAT ULANG TAHUN
SAYA UCAPKAN KEPADA DIRI SENDIRI !


Semalam hari jadi gua dan gua plak tak sempat + lupa nak update blog.

aiseh, budget orang nk bace. Takpe la.
Kadang-kadang kita kena budget sikit. =='


Pada 24 Januari 2011,
umur gua lapan belas tahun

dan
&
dan

gua telah disyaki 'menghidap'

demam campak
@
chicken pox (!)
(Yang mane ntah gua pon tak pasti)


Ye, gua hanya sedar kehadiran
tanda-tanda merah di muka, kepala, badan
dan di tempat2 yang lu nak pada hari yang sama.
And yes exactly pada tarikh lu lahir !
-___-''


Weyh, seronok tak?????


Lu memang nak makan pelempang kalau lu tanye itu soklan.



p/s: Kita kena positif kawan. Bukan ke sakit tu penghapus dosa? Jadi, Alhamdulilah



**************


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

AMIN..

Di ambil di sini



p/ss: more story-mory later. Sekian.





Sunday, January 23, 2011

Sayang Si Ayah


Setiap ayah kat dunia ni ada cara masing-masing nak meluahkan kasih sayang mereka kepada anak-anak. Ayah saya pun macam tu.


Saya sayang ayah saya sebab saya perasan ayah saya sayang saya.
Mestila ayah sayang semua anak ayah. Saya yakin anak-anak ayah pun sayang ayah.


Ayah saya adalah sebahagian daripada saya. Separuh jiwa saya adalah ayah saya.
Kalau saya hilang separuh jiwa saya tu, hilanglah semangat saya.


Sebahagian diri saya ini adalah diri ayah saya.
Saya sayang ayah saya sebab dia itu satu sahaja ayah saya dalam dunia.



Hari tu saya nak minta izin kerja jadi waiter. Ayah cakap...

"Boleh ke? Nanti penat..."
Saya tahu itu tanda ayah sayang saya.



Hari tu saya minta izin lagi kerja di Petronas. Ayah cakap...

"Kerja malam ke? Nanti kena samun."
Saya tahu itu juga tanda ayah sayang saya.




p/s: Saya pun sayang ayah. Saya sayang ayah sebab saya tahu ayah sayang saya. :)


p/ss: Sayang ayah tak pernah padam. Anda tak rugi apa-apa pun. Jadi, sayang ayah itu sangat berbaloi-baloi. Sayangilah ayah anda. *iklan




Sayang ayah.






Monday, January 3, 2011

Sekolah la wei







-L-'




Comel an budak yg pakai seluar pendek kt tepi tu??
Sila angguk.




ololo..












Sebelum nak masuk sekolah Form 4 & Form 5, saya cakap banyak kali benda yang sama sampai la nk tertidur "I hate to come back to the school again'' sambil berdebar-debar esok hari first nak sekolah. Sekarang rindu perasaan tu -_-'' (gedik tacing2 plak- Nyampah)



p/s: Tak, saya bukan benci sekolah saya. Cuma malas je. T_T





Saturday, January 1, 2011

2011: Azam awak apa??


BISMILLAHHIRAHMANIRRAHIM...

Ahlan Wasahlan 2011



This is my first post for this year

01.01.2011
Just nice.


Still remember when my teacher asked us about our
mission, vision or any resolution for 2010.




I said " I want to be a better person in everything I do"
Heh, too 'skema'


I'm quite sure that I only thinked about that 'mission'
for less than 5 times in that year.
Poor me.


This is less than.
Nampak??


Wait, why should I want to think it back?
Hhhmm..but it's not wrong, right?


If people ask me about my mission this year,
seriously I don't have the answer.
(Macamla ade orang nak tanye) +_+


Bila new year je, semua orang nak tanam azam.
Tanam la papepon, kalau tak tumbuh kau salahkan baja Pak Ali tu *sigh
(Eh, saya bukan cakap pasal Pak Ali yg jual lemang kat Keramat tu tau)



p/s: hey, I tulis omputeh lagi la. (Ye, ini jakun) Kalau ade yg salah kat grammar & vocabulary segala bagai tu juz let me know okay. Peace $$$